Tuesday, March 6, 2007

Simple Wedding Ala Beach Party?

Dua beradik- Angah & Aina- seronok makan pulut kuning sempena majlis kenduri kawin

Seterusnya mari kita lihat apa lagi yang tersimpan di dalam PC kesayangan aku. Sekarang aku nak bercerita fasal my mom's half-brother simple wedding. Honestly, it was so simple kenduri, but the interesting part is his house is very near to shore. Hence, off course lah kita bukan setakat pergi kenduri tapi sempat juga bersiar-siar di tepian pantai.

View di hadapan rumah pengantin...macam nak tercabut pelepah kelapa ditiup angin Monsun Timur Laut

As I said kenduri simple saja. So, memang tidak perlu meletakkan gambar-gambar pengantin di sini. Tapi mari kita lihat apa yang berlaku disebalik tabir.

Broom's sister in-law wearing a lot of jewelery

Amboi..amboi kaya betul akak ni..gelang emas kiri-kanan. Yang pasti memang original. Sayangnya rantai dan loket emas kat dada tu terlindung sikit. Ini lah yang dikatakan typical Kelantanesse business women. Aset tuuh! Then, aku dengar dia beli Kancil cash jer..

Walaupun masih dalam musim tengkujuh masa tu dan ombak pun sedikit besar dan pekat airnya lebih kurang mcm teh tarik, tapi anak-anak buah beria-ia ajak unclenya ke tepi pantai. Apa lagi...main air. Uncle nya tengok je. Sekali sekala menjerit melarang budak-budak tu bermain dekat ombak yg nampaknya selamat tapi berbahaya jika ke tengah.

Dari kiri: Sarah, Mimie dan Aina posing atas perahu besar selepas bermain air laut, 50M dari rumah pengantin

Bukan senang nak dapatkan gambar secantik ni dengan gelagat budak-budak ni yang terlalu excited nak bergambar. Tapi inilah hasilnya - ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi - korang ni pandai mcm uncle...Kalau suatu hari nanti korang masuk blog ni dan paham apa yang uncle tulis, tolong ingat ayat ni " uncle sayang kamu semua, tapi uncle lagi sayang kalau korang 'dengar kata' dan pandai..''

My Mom...gembira je nampaknya sesudah majlis kenduri sebelum berangkat pulang ke rumah kami. Sedondong je warna tudung dengan langsir tu hehe

Macam amoi..Aina sepasang merah bersama mamanya

1 comment:

herl said...

beach wedding tuh memang menarik tp manernye gambo pengantin?