Saturday, February 24, 2007

Trip to Jack's Kenduri - Camel Festival

Kesan kejadian yang tak diingini oleh mangsa!!! Adakah ini satu kekejaman? Cerita penuh di bawah

Sempena kepulangan Jack dari Sudan untuk bercuti ke bumi kelahirannya, banyak agenda-agenda telah disusun samada secara tidak sengaja atau sengaja oleh kawan-kawan Jack yang sentiasa menanti kepulangannya terutamanya Mr. Dean.

Daripada sumber-sumber yg agak boleh dipercayai dan hasil tilikan hamba, berikut adalah acara ramas mesra yg diadakan disepanjang percutian Jack, di antaranya;

1. Menonton perlawanan bola sepak Piala Asia Tenggara di antara Malaysia dan Singapura, yang keputusannya agak mengecewakan penyokong Malaysia walaupun Malaysia berjaya memanaskan perlawanan dengan tendangan gol 'power' dari sudut yg hebat lagi mempersonakan. Aku begitu terkagum dengan tendangan pemain (aku lupa siapakah nama lelaki bertuah itu) pasukan Malaysia. Walaupun tidak dapat bersama Jack, Met, Jeff dan lain-lain di Stadium Shah Alam, aku yang hanya menonton melalui TV bersama housemate begitu teruja dengan gol yang hebat itu. Walaupun hakikatnya Malaysia tetap kalah, aku masih berbangga dgn seni sepakan yg dipamerkan pemain itu pada awal permainan. Jauh di sudut hati kecewa dengan hakikat yang pemain Malaysia banyak melepaskan peluang keemasan untuk memenangi perlawanan, lantas mengalahkan Singapura yang bagi aku begitu mendalam maknanya jika Singapura dikalahkan. Apakan daya. Teruslah berusaha!!! waaah..panjang pulak tanpa disedari. Sekadar berbakat sebagai penonton dan pengkritik - satu hakikat.

2. Bowling Tournament di antara sebahagian kecil ahli ketupat yang tak 'Vouge' dan gadis-gadis juniour UTP yang aku tak berapa kenal dan ingat gerangannya. Hasil maklumat yg boleh dipercayai, dikatakan Dean kalah teruk dan hanya menang Gaya. Metz mengungguli permainan dengan kemenangan yang disifatkan tidak adiiiil kerana membawa penyokong kuat iaitu 'the Queen'. Kekalahan Dean mungkin juga berpunca daripada kekurangan sokongan mental dari Jeff yang pada ketika itu berada jauh di bumi asing - mungkin dalam kesejukan...atau mungkin kerana ketiadaan 'Bung Mas' yg bercuti bersama kengkawang di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Rendah Sekebung Bunga. Memang betul kalau dibandingkan dengan Terengganu, tanah di Kelantan kurang berbukit. Bak kata P.Ramlee 'kadang-kadang..'

3. Kenduri kesyukuran atau lebih popular dengan kenduri arwah bagi masyarakat Pantai Timur dijayakan oleh Abang Jack di kampung halamannya yang terletak di daerah Besut, tidak jauh dari Bandar Jertih, Kampung La (yang menjadi pusat 'dakwah' Ayah Pin), La Hot Spring dan juga Latar Tebakah waterfall. Jika anda gemarkan suasana aman damai kampung dan keindahan alam semula jadi sila lah berkunjung ke sana.

The place where the victim were chopped like a lamb chop!

Kenduri itu telah dimeriahkan dengan tumbangnya seekor unta yg sebenarnya bukan dari Sudan atau Arab, sebaliknya dari Australia. Namun, aku percaya orang kampung yang teruja melihat unta terutamanya kanak-kanak percaya unta itu di bawa balik dari Arab...hehehe ' tipah tertipu..' Sayangnya tiada gambar unta dapat dikongsi bersama kerana sewaktu ketibaan penulis, unta telah selamat menjadi lauk hidangan majlis yg meriah itu. Macam Kenduri kawin Jack pula.
Gulai Kawah Unta...Sedap tau...

Meriah macam kenduri kawin kan?...siap dgn 2 khemah; 1 for men, 1 for women. Jack dgn kupiah putih

Kepada Abg Jack terima kasih kerana sudi menjemput penulis dengan bersungguh-sungguh dan kerana itu menjadi tanggungjawab KAMI (aku dan kawang-kawang) untuk datang memeriahkan majlis.
A peaceful scenery near Jack's kampung

Sekawan burung bangau berterbangan tapi tidak kelihatan kerana kemera HP ini tak dapat zoom

Memandangkan aku mengenali Jacko semenjak di bangku UTP dan kami pernah pula duduk sebumbung di Tronoh, tidur satu khemah di Cameron Highland dan atas segala kebaikan Jack selama ini yang tidak kedekut ilmu, nasihat dan begitu berdedikasi sebagai 'abang' di dalam ketupat adalah tidak patut sekiranya aku tidak bertandang memeriahkan majlis.

Abg Yo di halaman rumah Jack. Tanah diratakan bagi pembinaan Lanskap

Di samping (masa pergi kenduri tak pakai samping pun) menjadi wakil ahli Ketupat yang lain, kedatangan aku yg di temani Herlina dan her trainee dari Kerteh dan Abg Yo dari KT sebenarnya ingin menemukan Herlina dan Yo yang telah lama terpisah. Mereka sebenarnya pernah bekerjasama dlm satu kumpulan menyiapkan projek Malaysian Study bertajuk 'Ulik Mayang', yang mana Herlina & the geng beramai-ramai berkampung di rumah Yo sewaktu itu...akhirnya menjadi cuti-cuti Teganu. Begitu seronok mereka bersembang mengimbau kenangan bersama - friend last forever!

Dan aku begitu seronok bersembang fasal cerita-cerita era A-Level PPP/ITM, UTP bersama Herlina disepanjang perjalanan pulang selama hampir 2 jam dari KT. There were something we don't really like and even so bad happened in the past, but life is still so beutiful. Believe me!!!

Note: All the attached pictures are related to the trip to Jack's kenduri. I hope you guys especially Ketupatian enjoy the photo because you were not there.

2 comments:

herl said...

so...finallyy...sila la selalu update blog anda sebab org2 kerteh nih memang takde hiburan lain..ahakss

HELME said...

akan ku update selalu...Demi Ku kan berjanji..