Showing posts with label Music and Film. Show all posts
Showing posts with label Music and Film. Show all posts

Sunday, August 2, 2009

Silent! Camera... Action!



"More... lagi.. lagi sedih... pusing... okay" Pandai Director Cina tu bagi aku ada 'mood'

"Macam professional actor.." I won't forget his words ;)

Monday, December 3, 2007

SelecteD Album: Dayang 2007

Dayang 2007

Sebuah album - mungkin yang terbaik- dari Dayang so far dengan vokal yang memang diketahui ramai superpower, muzik arrangement segar, mantap dan menghiburkan di samping kejutan-kejutan lain yang 'wow, high taste...ada class!'

Susunan Muzik: 4/5 Bintang
Vokal: 4.5/5 Bintang
Lagu @ melody: 4/5 Bintang
Lirik: Belum sempat review... hahaha. Generally OK
Cover & Foto-foto: Memuaskan, menarik. Tapi sepatutnya Cover booklet lirik jadi cover album sebab gambar tu lebih feel dan menarik. Mungkin tujuannya letak dalam ialah 'nak tengok kena beli yang ori'.

Note 1st time beli album Dayang, biasa dengar kawan-kawan punya jerr. Berbaloi

Friday, April 6, 2007

Chermin Vs Bowling

Gambar oleh: Masri Helme TM

Seperti yang dijanjikan, sebenarnya banyak aktiviti menarik berlaku sepanjang hujung minggu lepas to be shared with you. Sepanjang cuti 3 hari - penutup bulan 3- aku buat apa yang aku suka, yang sekian lama tertunggu-tunggu. Yelah...kalau balik kampung penat, rushing dan letih melawat 'rumah-rumah wajib' sehinggakan kadang-kadang tak sempat nak berehat dan jalan-jalan shopping di KB, walaupun agak terkenal dgn aktiviti membeli-belah.

Actually sebab utama tak balik KB last weekend sebab rasanya rugi kalau tak join farewell dinner - yang bukan hari-hari ada farewell kan? - lagi pun baru je balik KB 2-3 minggu lepas. Weekends in last March were quite 'bussy' la and it makes me think twice to balik kampung. Not really happy to have rushing-holiday, so better stay at Kerteh. Enjoy the peaceful weekend here...so nice.

Seingat aku..

1st weekend tak balik KB sebab on Thurs - 1.3.07 tu I went to KL for Factory Acceptance Test (FAT) for rental Diesel Engine or normally called genset at KL. Sebetulnya Puchong, Selangor ye..area yg aku agak biasa la juga. Aku rasa seluruh Selangor aku dah pernah lalu, lawat!
Sungai Buluh, Semenyih, Laluan pantai dari PD ke Klang melalui Banting, Panglima apa ntah semua dah lalu, Rawang, Kepong, kajang semua dah. The most interesting part during this FAT trip was first time flying with Fixed Wing from Kerteh Airport to Subang Airport. Save a lot of time...Check-in 6.30 am sampai Subang 7 am lebih..cepat giler walaupun tak la seselesa flight MAS. Lain kali aku cerita lagi lebih detail sebab anda mesti nak tahu apa jadi dengan Subang Airport sekarang dan apa yang tinggal semenjak MAS & AirAsia pindah ke Sepang.

2nd weekend pun stay Kerteh je sebab Khamis sebelum weekend tu ada Site Visit to Gebeng, Kuantan regarding to Mechanical Seal for Condensate Transfer Pump, so dah nak magrib baru sampai rumah, mana larat nak cabut balik KB lagi..so lepak je dgn housemate during the weekend. Apa aku buat kalau duduk rumah weekend? Tunggu...nanti kita cerita.

3rd weekend: balik kg la..that means aku baru je la balik KB..lupa hehehe. Teringat balik bila tengok Invoice for Teluk Ria Supermarket.

4th Weekend: FAT for engine parts of Generator; Fuel Gavenor, fuel pump and turbo engine at 3 workshops in Johor Bahru. Sebab last minute, no choice terpaksa naik flight from KT to KLIA to Senai Airport, JB. The whole weekend was in JB...Sunday morning baru naik flight lagi dari Senai to KLIA, lepak jap pastu terus ke KT...seronok betul masa fly dari KL to KT sebab cuaca cerah nampak view tasik Kenyir luas dan cantik. Duduk sebelah 'mat salleh' so sempat la bersembang-sembang dan berkenal-kenal. Rakyat Malaysia mesti peramah! ini kan Tahun Melawat Malaysia 2007. Nak tahu apa yg kita orang sembangkan? tunggu next post ek.

5th Weekend: Off course la ada special Dinner as I told you in last post. check it out! and...I was actually plan to go to Kuantan with seseorang tapi tiba-tiba dia terpaksa balik Melaka. Rafael pun dah balik Seremban and housemate pula semua balik Kg, kecuali Fadz tapi sibuk pula nak nyiapkan PPA techniciannya..so bad! Aku ajak officemate tapi sibuk dgn jamming with other band boys sebab nak main esoknya time dinner. So aku lepak la tengok TV sambil tekan-tekan telefon.

"Abg Man buat apa hari ni? Jom pi Kuantan"

"I dah on the way ni...sampai kuantan tel la nanti"

"OK..jom main bowling nak practise"

"OK"

Terus aku bersiap selamba dan bertolak ke Kuantan seorangan dan singgah Masjid Geliga sebab dah masuk watu solat Jumaat. 1st time solat kat masjid tu..parking senang, masjid selesa tapi aku agak tertarik dgn kain rentang yang di pasang di anjung masji yg berbunyi " Terima kasih kepada pencuri yang mencuri di Masjid ini. Semoga anda insaf dan di beri petunjuk oleh Allah"
...aik! ni mesti ada kes kecurian bersiri ni.

Sampai di Kuantan dalam pukul 3pm, 1st thing first beli tiket parking satu buku...Bandaraya KB dah guna Smart Kad ok! pakai cucuk je...Kuantan agak ketinggalan di situ. Lepas tu baru fikir nak makan di mana. Akhirnya try kat kedai yg tak biasa makan. orang tak ramai. Kedai asalnya cantik tapi kurang maintenance dan kebersihan - I mean staff - jemur kain lab merata-rata menjadikan suasana mcm gerai tepi jalan yg satu bintang! Nasi goreng pataya OK. Boleh tahan! Fresh oren nice..pekat!

Aksi bowler yang hebat! Strike babe..

Kita orang main 2 game je, tapi harap maklum heheh...aku menang 2 game. Game pertama menang tipis beza 3 mata, tapi 2nd game beza banyak tapi mata kurang dari 1st game sebab dah mula sakit lengan - pasal lama tak main- kurang fokus. Yang penting menambahkan keyakinan nak lawan 7 April 2007. Tak sangka pula anak murid kalahkan tok guru ni...hilang fokus ke? hahah...ohh ni mesti sebab tak pakai kasut sendiri, bola sendiri kan? Apa pun thanks Abg Man sebab banyak beri tunjuk ajar and sudi pulak luangkan masa memanas badan dgn bebola bowling tuh!

Sementara tunggu tayangan Chermin..teringin pula nak try karaoke 'jamban' - warm-up suara in case kena paksa nyanyi masa dinner nanti hehe..try 2 lagu je. Tapi sound system teruk! Tak sepadan dgn suara emas aku ni..10 min je siap 2 lagu. Aku dah beli tiket Chermin tu awal-awal lagi sebelum main bowling.

Sempat lagi snap pic semasa preview film sebelum tayangan Chermin

Jika anda belum menonton Chermin silakan menonton kerana tidak rugi untuk film yang baik seperti ini. Di jamin terhibur dan ingat jangan bawa aweks...nanti dia menjerit-jerit je walaupun sebenarnya tak perlu.

Sebelum menonton ada 2 sebab yang menjadikan aku teruja untuk menonton. Pertama; kerana lakonan Deana Yusof yang sudah lama aku tunggu-tunggu her next Malay film after Selubung, Abang'92 and Ringgit Kassorga. Tak kira film asing such as Anna and The King sebab watak kecil.

Kedua: Cerita yang aku rasa menarik dan jika dibuat dengan teliti pasti akan menghasilkan film Malaysia yang bermutu. Dan ternyata dari pembacaan, research at www.chermin.com.my, memang ia di garap dengan begitu teliti oleh Zarina Abdullah - Pengarah muda yang berkongsi 'jiwa' dengan Shuhaimi Baba. Maksud aku cerewet dan pentingkan kesempurnaan bila berkarya.


Kesimpulannya Chermin bermula dengan jalan cerita yang menarik dan creative menggabungkan dua abad melalui sebuah cermin antik puaka - sumpahan Mastura yg mengamalkan ilmu hitam. Roh mastura kembali ke dunia moden untuk membalas dendam terhadap keturunan Hassan - Natasha Hudson yang comel dan sepadan dengan nenek tirinya, Deanna.
Lakonan berkesan Deanna walaupun sebenarnya wajahnya terlalu cantik untuk menakutkan penonton dan gabungan hebat bersama Natasha Hudson - film pertama, tapi bakat menyerlah. Ketakutan dirasai penonton - aku rasa - melalui jalan cerita atau scene seram, music, kemunculan 'hantu' secara tiba-tiba, dan suasana rumah kayu di kampung yang banyak hutan. Special effect begitu membantu me'real'kan setiap adegan puaka, cermin pecah yg bercantum, adegan kemalangan dan roh jahat yang berkeliaran merasuk Natasha yang seakan-akan ada split personality. Membunuh tanpa sedar!

Bagi aku Pontianak Harum Sundal Malam adalah yang terbaik setakat ini...cerita hantu yang bijak dan mudah diterima akal kerana dikaitkan dengan tekanan perasaan, dan Shumi berjaya menjadikan elemen musik gamelang sounds scary and bunga harum sundal malam menandakan kedatangan sesuatuuu...

Assalamualaikum. Sehingga jumpa lagi!

Sunday, April 1, 2007

March 31st 2007: Happening?

Foto-foto celebriti Malaysia yang pernah berkunjung ke sini

Hi guys! I just come back from Suria Cherating Beach Resort. Ding dong ding dong..Time is moving so fast and now is already 3.30 am, 1st April. April Fool!!! Well, we don't celebrate it.

Okay! Just a reminder; yesterday 12 Rabiul Awal 1428 /31.03.2007 was Maulidur Rasul, birthday of the Last Prophet - Mohammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Maulidur Rasul
yang jatuh pada pada hari Khamis 12 RabiulAwalTahun Gajah (23 April 571) merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.




Bermula dengan penghijrahan our CEO to Fertilizer Plant in Gurun, Kedah - one by one of our clique, Managers is being transferred to - I hope - better position in line with their capability and interest. Works for nation!

As usual, at the end of the month I have to ensure all Maintenance works 100% complete in SAP. So, I went to office at 6.30 pm to do final check. I was really in rushing checking the system for 3 platform and Alhamdulillah we met our target.

8pm; I walked quickly out from office to my car and drive to Suria Cherating Beach Resort to attend MAM Farewell Dinner specially dedicated to our 2 MAM's Managers. Tiba di Suria about 9pm.. ' aku dah sampai Suria. Kat mana?' Aku sms Haqim sambil mencapai kasut sport, keluarkan Shirt dari tempat sangkut di seat belakang dan bersiap ringkas. ' Kat tepi pantai. Orang dah start makan dah'

Corridor to Dinner Gazebo

Sampai je kat area pantai kedengaran muzik dari Band. Wow! happening ni. Makin laju aku berjalan..lampu berwarna-warni, angin sepoi-sepoi, clique tengah masyuk menjamu selera. Aku pun apa lagi terus meninjau-ninjau makanan - buffet- yang disediakan selepas bertegur sapa secara ringkas dengan kawan-kawan. Saksikan Gambar-gambar di bawah..

Farewell party?...Hey walle walle hey...

A very beautiful and 'bellyfull' night, eating with jokes, laugh and we breath with music by Seniour and Juniour live band. A good collaboration anyway! I love music, so I appreciate it. Tak sangka pula my boss is very young at heart and talented as well...hahaha very nice oldies rock!

Kamelia...Music by seniour, vocal by young field engineer

This guy suddenly so excited to sing this song and join the 'fathers band'. Before that he has performed with his 'boy band'...boy band? hahaha. Thank you to Razik, Haqim, Adli and drummer - imported from other OPU. Good try!

Konon-kononnya Kak Ogy pengkritik AF5 tu datang, so dia akan ckp "satu percubaan yang berani and good enough for beginning. Tapi kena berlatih lagi tentang penghayatan, cara mengawal pernafasan, pitching kena jaga dik dan akak harap lain kali pelbagaikan jenis music. Pilih lagu yang lebih sesuai dengan kehendak penonton. Apa pun kami agak terhibur dengan persembahan anda. Bagus!"

Okay guys! Let's pictures talk for me...

Sepatah dua kata daripada yang bakal meninggalkan kami...penuh bermakna ucapannya


Nasib baik kasut sejenis dengan other band boys. I made a right decision! at least we had the same 'rock' mood

Sebahagian yang sempat bergambar untuk kenangan sebelum majlis bersurai

Muda-mudi Maintenance Engineer bersama 'siti Sarah' yang menyumbingkan suara pada malam itu :)

Kepada sesiapa yang takut nak datang berkerja di Kerteh ni - takut tak ada life kononnya- percaya lah yang kerteh sebenarnya 'happening' dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan - bermula dengan menghargai apa yang ada. Di sini aku mencari rezeki, di sini juga aku makan angin dan explore new environment, new people and new responsibility. Jumpa lagi sebab banyak lagi nak cerita apa yang berlaku di sepanjang 3-day weekend including Maulidur Rasul public holiday..bye