Wednesday, January 17, 2007

Panas Dalam Tengkujuh...tiba-tiba hujan


Since 2 days ago, the weather here was really good - sunny and 'sunshine' - eventhough we are still in the middle of Monsoon Season. Because we are not the Creator of this world, it is not an easy task to predict. Seperti peribahasa Melayu selalu berkata ' please get ready with umbrella before raining'

Sambil lalu depan rumah ke tempat kerja kelmarin, sempat lagi aku snap suasana pagi yg cerah dan ceria ni...Unfortunately, my housing area suddenly become so wet tonight...ohh noo! Kereta basah, jalan basah as well as the grass in front of my house. U know why?? Let's see attached photo below.

Gambar diambil dari arah kanan pentas. Jika anda boleh bayangkan di hadapan pentas sebenarnya penuh dgn penonton sambil menjamu selera - penuh dan more happening. Ada juga gerai2 menjual 'yong tau foo', laksa & mcm2 lagi. Sebelah kanan pentas ni boleh dikatakan sesuai untuk mereka yg nak focus makan sambil telinga sakit dek suara-suara sumbang ye...dan di sini juga para peserta berkumpul. Tak mcm artis so aku tak excited to get authograph or whatever..hehehe.

Sebab nak jimat masa aku dinner at Country Club House nearby - ohh forgot! tonite is wednesday nite honey! karaoke maaa....tapi mlm ni special sikit sebab ada pertandingan - 1st stage karaoke competition...sakit telinga aku dengar para peserta menerang suara...kecuali seorang pakcik ni..tua-tua power - dah tua tu mesti la bawa lagu zaman dulu-dulu. Vocalnya alah anak muda zaman sekarang!

Sunday, January 14, 2007

Faces of PMO - Photography Competition

Hi everyone!

emm..tak tahu nak mula mcm mana sebab terlalu gumbira dan terkezut hehehe...tak sangka pulak gambar2 yg diambil sepanjang percutian Dean di Kerteh begitu menjadi sehingga 3 foto tersenarai dlm 30 foto terbaik yg layak ke final. Final tau! final...haha

Kedatangan Dean pada masa tuh mmg seperti 'org mengantuk disorongkan bantal' memandangkan aku mmg berniat nak 'bermain-main' dgn camera Dean - nak ambik gambar yg sebaik mungkin dan masuk competition Faces of PMO - khas untuk staff carigali di PMO.


Dean! Tak sia-sia aku ambil cuti sehari bersama mu..hehe dan lihatlah dunia gambar2 yg telah siap dibingkaikan oleh pihak penganjur dan dipamerkan di 'galeri' PMO - ada 3 category dan setiap category 10 ke final. I am not really sure gambar aku masuk kategory mana, tapi masa hantar softcopy tu aku masukan ke ' Kerteh and I'....so now there are 3 pic of us SelecteD to final. Masa hantar gambar tak pikir pun pasal menang ke tak...sekadar memeriahkan suasana dan berkongsi cerita melalui gambar - to share the beauty of Kerteh!

Let's stop typing now and let's the pics taken this evening tell you everything....

Aku sengaja ambik shoot jauh sikit bagi menampakkan suasana di galeri ni...gambar org lain pun nak tunjuk juga...jangan budak tu kencing atas bapak dia sudah la ye..!

Pic on the left side is mine...Dean is running at the end of the wave. Kalau tengok betul2 korg akan nampak kedua-dua belah kaki Dean terangkat- mcm terbang - ke udara. Bagi aku gaya tu No. 1, tapi yg hebatnya aku la yer sebab sempat snap at the best time..hehe. Kalau tgok dari dekat kat tgh2 tu aku tulis 'Kerteh, di sini ku kejar impian' tu yg mahal kot - tulisan putih yg hanya nampak dlm jarak 2 meter sahaja.


Gambar kedua ni mmg tak dijangka layak juga walhal tak sehebat mana pun. Tapi keputusan juri kena hormat kan? So bila dah letak dlm frame tu nampakla kecantikannya. Mamat hensem berbaju biru kat dlm tu pun boleh tahan - menjadi perhatian - nasib baik kecil je dan 'blur' sikit bila dah print. Don't know why.. Ayat tentang gambar ni ialah ' siapa cakap kerteh tak chanteek..?'
Dan yg bawah ni yg membuatkan aku terjezut giler masa masuk ofis pagi tadi - tak sangka - dan ramai pulak org suka gambar ni sebab simbolik sebenarnya - org tak cam sgt aku, maklumlah baru lagi. Ofis pun besar duduk jauh2 - masa aku tgh tgok2 tu ada la terdengar org komen ' emm yg ni mcm boleh menang ni...sebenarnya dia bukan ambik gambar dia..dia fokus dlm spec tu..nampak tak' itu pun mungkin selepas dia terbaca kata-kata yg aku tulis gambar tu ' Can't you see kerteh through my eyes?'


My housemate, who is also my officemate said ' Giler..concour..semua gambar kau - tapi yg satu tu yg pakai spec mmg lawa - lain dr yg lain'

Yg menarik fasal gambar ni ialah sebab aku buat 5 kerja dlm satu masa- 'producer, script writer, sutraDARA, cameraman & pelakon'

Note: safety glass actually..dean punya - may be dia tertarik dgn safety glass aku, so dtg sini hari tu dia beli juga- actually smart & comfortable bila pakai masa drive tgh hari.


First time j3ff (jgn tiru tulisan ni...it's mine) tgok dlm kereta aku pun aku awal2 dah bgtau ' tu safety glass'

'safety glass fency mcm ni..?' kata/tanya abg j3ff di sebelah.

Sebenarnya byk gambar-gambar yg aku rasa lebih hebat tapi aku nak jadikan simpanan peribadi je - mana tau satu hari nanti boleh buat buku, buka kedai gambar & gallery kan?

Tak kisah la kalau ada yg nak kutuk pun kan? Dah minat...apa-apa pun sebelum kutuk kena ingat peribahasa ni 'Ramai org fanatik main bola, tapi tak semua berjaya mcm Beckham' - sebab kalau dah minat walaupun jatuh tergolek, main tak pandai pun main juga...peribahasa alaf baru. Melayu hebat!

Saturday, January 13, 2007

Nikmat & Dugaan Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Ntah kenapa la hari ni tiba pula giliran aku kehilangan selipar kesayangan. Mungkin kerana terlalu seronok dgn cuaca cerah2 sejuk hari ni..terasa mcm satu nikmat bila keluar je rumah terasa hepi...lepas solat tu mcm lain pula acara masjid hari ni..bacaan wirid & zikir lain dari biasa...shahdu..seronok pula aku ikut tok imam tu..sebab ramai2 jadi bergema mcm best giler la..

Terserempak pula dgn ex-ofismate di Yokogawa, yg resign selepas aku, resign tanpa ofer dari mana2 tp rancak dgn unit trustnya. sekarang di VCM...Dah lama tak jumpa ni bersembang tak ingat dunia kat tepi tangga..sedar2 org dah tak ada, tgok bawah selipar kesayangan yg berbulan aku cari di segenap KB-akhirnya jumpa di pasar borong - hilang entah kemana. Aku tak akan beli selagi tak jumpa yg aku dah plan awal, maksudnya yg aku mmg suka walaupun harga dia berapa - brand tak penting.

Dgn relax je aku ni, tunggu sat kalau2 ada org pinjam..lepas tu mcm tak de harapan nak jumpa, terus aku blaa. Tengok juga kalau ada selipar masjid, boleh pinjam tp mmg tak de. Nak pau selipar org lain atau yg mungkin org ditinggalkan tak sampai hati pula. Kita tahu apa yg org buat pd kita tak baik tak kan kita nak buat kat org lain pula- tak fair...'kalau dia terambil-tak kan tak perasan- biar je la tp kalau niat mencuri aku serahkan pada Tuhan...Tuhan nak uji aku je ni..teringat pulak dulu aku & jef kehilangan kasut masa kita org dok taman maju. Itu pun mungkin dah bukan rezeki aku. Jeff mmg dia selalu tinggal kasut kat luar, tapi aku tak pernah tinggal kat luar kecuali hari tu lepas kitaorg balik Ipoh - mungkin seronok sgt sampai terlupa. Esok ptg baru perasan kasut tak der..huhuhu Kasut gaji kerja hotel, so maybe kurang berkat..hahaha

aku pun dgn selamber je jalan kaki ayam ke kereta yg jauh dipark kat luar. Tiba2 ada abg motor ni perasan so tumpangkan ke kereta - ada juga org baik hati - Tuhan pun may be nak uji keprihatinan dia. Sampai di kereta ada pulak kucing tidor bawah tayar belakang...ingat kelembutan abg Noq tentang kucing aku dgn kasih sayang nya mengejutkan kucing tu..

Pusing2 cari mkn sat lepas tu masa nak balik berhenti lampu merah di trafic light. Tiba2 dengar kenderaan membreak emergency..Tengok depan 'angsa' kot masuk lubang - tgok belah kiri motor tgh laju nak belok kiri langgar divider (bunyi break motor ni kot tadi)...tergolek mamat tuh atas jalan..motor lain kat belakang- mcm member dia je berhenti. Aku mcm tiada perasaan masa tuh. Dah ada org tolong. Bukan parah pun. Sape suruh laju masa koner? Lampu pun hijau dah terus aku berlalu pergi..

Friday, January 12, 2007

Dinner with Thai's style

Huuhhh! aku hampir-hampir putus asa sebab terlupa username & password. Almaklumlah tak pernah log-in apa lagi nak tambah2 or edit apa yg patut...nasib baik aku ni penyabar..akhirnya Tuhan tunjukkan jalan.. :)
Pertama kali mlm ni dapat juga aku merasa mkn malam di satu tempat yg dah lama di warwarkan best oleh sorang member ni (dan beberapa yg lain)...so tepat pukul 8.45 sampai la 'hanya kawan' ni dtg ambik kat banglo aku yg besar ni..nanti aku tunjukan gambarnya....ulang balik kata-kata member aku " waa..mcm model makanan la...'' ok la tu, tak dpt jadi model speedo jadi model makanan pun dah kira ok...kiranya mempromosi Restoran ni secara percuma..


Biasa la sekarang ni kat sini musim hujan...pompuan bawak pun slow sikit. Yg penting aku selamat...sampai je tempat ni -Bangkok Kitchen- dah pukul 9.30 mlm...wow! hebat juga la tempatnya, cuma tempat parking tu ada lopak2 air sikit..biasa la musim hujan..


apa yg kita org mkn? emm tgok la sendiri gambar2 ni...gambar menceritakan segala-galanya..lagi pun otak ni dah penat nak mengarang walau pun mata ikut nafsu tak nak tidur lagi..huhuhu

Som Tam kesukaan aku sejak dulu-dulu, walau pun makanan siam tapi sebagai org KB yg modern tak salah suka makanan ni..alaa mcm asam mangga tapi kuah dia masam manis pedas..Thai's style!

Dalam mangkuk tu TomYam campur yg mmg lain dr yg lain..pekat..kaw! Dean sure suka...lain tau! Dan yg bawah dlm piring besar tu...nampak hiasan je...cuba teka, yg paling sedap di antara yg kami mkn mlm ni.. gambar penuhnya dibawah..so jgn la bersedih..




Nampak gambarnya pun mcm dah sedap kan? Mesti telan air liur korang nengok...ditambah pula dgn camera baru ni...diambil oleh pakar foto, so off course nampak 'berair' je...

Kawan aku tgh mencicah sotong goreng tepung ala Thai ke dlm sos yg sedap! Yg sebelah atas kiri tu Ayam Gajus. Not Bad!

Tak menyesal dgn duit yg aku belanjakan..tgok la hasilnya. Gambar pun jelas lagi terang. well..kalau dah berbakat, tetap berbakat..hahaha memuji diri sendiri. I like!