Saturday, January 13, 2007

Nikmat & Dugaan Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Ntah kenapa la hari ni tiba pula giliran aku kehilangan selipar kesayangan. Mungkin kerana terlalu seronok dgn cuaca cerah2 sejuk hari ni..terasa mcm satu nikmat bila keluar je rumah terasa hepi...lepas solat tu mcm lain pula acara masjid hari ni..bacaan wirid & zikir lain dari biasa...shahdu..seronok pula aku ikut tok imam tu..sebab ramai2 jadi bergema mcm best giler la..

Terserempak pula dgn ex-ofismate di Yokogawa, yg resign selepas aku, resign tanpa ofer dari mana2 tp rancak dgn unit trustnya. sekarang di VCM...Dah lama tak jumpa ni bersembang tak ingat dunia kat tepi tangga..sedar2 org dah tak ada, tgok bawah selipar kesayangan yg berbulan aku cari di segenap KB-akhirnya jumpa di pasar borong - hilang entah kemana. Aku tak akan beli selagi tak jumpa yg aku dah plan awal, maksudnya yg aku mmg suka walaupun harga dia berapa - brand tak penting.

Dgn relax je aku ni, tunggu sat kalau2 ada org pinjam..lepas tu mcm tak de harapan nak jumpa, terus aku blaa. Tengok juga kalau ada selipar masjid, boleh pinjam tp mmg tak de. Nak pau selipar org lain atau yg mungkin org ditinggalkan tak sampai hati pula. Kita tahu apa yg org buat pd kita tak baik tak kan kita nak buat kat org lain pula- tak fair...'kalau dia terambil-tak kan tak perasan- biar je la tp kalau niat mencuri aku serahkan pada Tuhan...Tuhan nak uji aku je ni..teringat pulak dulu aku & jef kehilangan kasut masa kita org dok taman maju. Itu pun mungkin dah bukan rezeki aku. Jeff mmg dia selalu tinggal kasut kat luar, tapi aku tak pernah tinggal kat luar kecuali hari tu lepas kitaorg balik Ipoh - mungkin seronok sgt sampai terlupa. Esok ptg baru perasan kasut tak der..huhuhu Kasut gaji kerja hotel, so maybe kurang berkat..hahaha

aku pun dgn selamber je jalan kaki ayam ke kereta yg jauh dipark kat luar. Tiba2 ada abg motor ni perasan so tumpangkan ke kereta - ada juga org baik hati - Tuhan pun may be nak uji keprihatinan dia. Sampai di kereta ada pulak kucing tidor bawah tayar belakang...ingat kelembutan abg Noq tentang kucing aku dgn kasih sayang nya mengejutkan kucing tu..

Pusing2 cari mkn sat lepas tu masa nak balik berhenti lampu merah di trafic light. Tiba2 dengar kenderaan membreak emergency..Tengok depan 'angsa' kot masuk lubang - tgok belah kiri motor tgh laju nak belok kiri langgar divider (bunyi break motor ni kot tadi)...tergolek mamat tuh atas jalan..motor lain kat belakang- mcm member dia je berhenti. Aku mcm tiada perasaan masa tuh. Dah ada org tolong. Bukan parah pun. Sape suruh laju masa koner? Lampu pun hijau dah terus aku berlalu pergi..

No comments: