Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

My Kota Bharu


Cantik pemandangan dari seberang sungai Kelantan...dan kelihatan juga rumah aku yang best :)


Another view. Happening kan? Ini musim tengkujuh. Air sungai naik sikit.

Saturday, August 16, 2008

Hari Ini: a very +Ve dAy

Kemasik
Spent 3 minutes time at beach of Awana after BEM Meeting

Sedap sekali kecuali keropoknya keras. Ikan sikit

VIP of BEM

Up-date blog while listening to slow, oldies and ballad songs in the romantic room. So nice!

I spent time in gym at country club to get this body shape.. I am trying ok!

What I did today?

-Pasar Tani with Herl
-Kemas rumah bujang kesayangan
-Singgah pantai melepaskan penat on the way back from Masjid to home. Me, Faih and Iwae sempat lagi makan keropok, goreng pisang dan ABC. It's ok sekali-sekala kita 'reward' ourself with these oily food and sweet drink.
-Pasal goreng pisang sedap sangat, ranggup dan lembik; terlupa ada 'date' dgn Herl. Tergesa-gesa aku balik rumah tukar baju, maklum lah tadi berbaju melayu berkain pelikat ala jejaka pantai timur terakhir. We arrive at Awana Kijal at 3 o'clock when the event - BEM - Board of Engineering- just started. Conclusion; good exposure, good food, experienced people. Aku paling muda kot. and I was the only man with blue jeans. That's my style. Coz i knew the event was not so damm formal.
-Wash shared rest room. toilet! Macam tak pernah nampak atau dengar ada orang lain pernah cuci tandas tu. Dia orang tahu guna dan kotorkan aje? No further comment.
-Wash my dirty car and laundry.
-Cook for dinner. Mee goreng uncle style. 3 orang makan, ada lebih sikit.
-Kemas bilik secara ala kadar
-Up-date blog ni sebelum tidur!

Hari ni nampak macam bakal suami ideal la pula. rajin bangat. Yaa.. sebenarnya hari ni je yang aku sempat luangkan masa di daerah dan rumah ini. Sejak July lepas aku sentiasa travel jauh, jadi amat tidak berkesempatan 'bermesra' dengan rumah ini.

C pix above... since Vista r sooo sucks, susah nak edit dan susun gambar macam sebelum ni. Damm crazyy vista!

Free makan at East Coast Sport carnival closing. I join the crowd right after meeting chaired by me, which I intentionally plan so that the meeting will end right before lunch ;)

Today - actually since yesterday - was a wonderful day, beutiful day in my life. I am so happy and really enjoy this limited time given by God for me these days. Well, let's enjoy. We have the power to shape our life right? Everything is ready for us, we just need to choose the one we like!

Monday, July 14, 2008

Where am I?


Yesterday was a really tough day in my life. One of bad and 'kelam kabut' days! I was lonely in the office without my beloved trainees so called adik-adik and I was really bussy to complete presentation slides and KPI up-date for my boss. I don't care about that.. what I really miss is my trainees lah. Without them the environment in the office really changed. No more bising-bising... sunyi sepi. Dah la most of our staff out station or having outdoor activities.

Well... 8 months having 'babies'- having them all in my life - guide, train, comment for improvement and 'marah-marah' sayang, offcourse they are just like my babies. We did a lot of things together and suddenly they are gone physically... leave me alone. I can feel that I really enjoy with them and in love with the environment they brought to Kerteh. As I said to them, mcm membesarkan bayi selama 8 bulan... penuh cabaran tapi hakikatnya semakin bayi itu membesar, semakin sayang. Kan?

Never mind.. we had been together with a lot of activities and we won't forget it. What activities? I will teel you later... when I am free again to write it here ;)

So, what I'm gonna do? Just be as usual. Enjoy every moment in the office, kampung and Rantau and... off course got to really focus on job. So many things happend..really need my attention.

Love? We talk about it later.

Apa yang aku tahu sekarang aku sedang terkurung di Concorde Hotel di bilik yg agak OK... KL 2 3 mlm lagi and will come back again on Friday for another very important meeting. Dammm! I have to enjoy this works :)


InsyaAllah I will do flashback on what did happend during past 8-months in my live.. more than 8 months I think.

Monday, June 23, 2008

Tongkat Kesayanganku

A very nice family picture by a very talented photographer. You can see more her touch at her blog linked below. Enjoy it and for me these pictures are good theraphy to feel good and high!
Sebuah keluarga yang lengkap semestinya dalam sekelip mata akan terfikir ada Ibu, Ayah, Anak-anak dan mungkin datuk dan nenek, namun sebuah keluarga yang bahagia tidak bergantung pada bilangan ahli keluarga tetapi kasih sayang dan ikatan murni yang lahir dari keihklasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kadang-kadang seorang anak walaupun sudah besar panjang semestinya masih memerlukan orang tuanya sebagai tempat berkongsi kasih sayang, cerita suka-duka dan mendapat perhatian atau 'guide' dalam menghadapi alam kedewasaan dan cabaran-cabaran yang senantiasa menanti. Not everybody is lucky, but if the unlucky person able to face all challenges in this world without complete parent, they are so lucky, so strong dan tidak ada saat-saat yang paling perit bagi mereka selain mengharungi lembah-lembah dan cerung yang sepi keseorangan.
Tersenyum di dalam kalbu, peluh menitis lalu, kaki pantas melangkah melepasi denai-denai becak berlumpur... tersenyun puas hanya kerana kekuatan di dalam jiwa.
Tongkat-tongkat persahabatan adalah tongkat-tongkat yang terpahat kukuh menjadikan aku tegak berdiri mengantur langkah ke destinasiku. Tongkat-tongkat itu adalah tongkat-tongkat kesayanganku.


Wednesday, June 11, 2008

Love Story Antara 2 Hati

Tiba awal-tiga budak hitam; Dean, Jeff and Yo berjalan sebaris menghadiri majlis kenduri. Yo siap bawa TV plasma sebagai hadiah, hohoh!



Seminggu yang lalu tersemai sudah secara rasminya cinta antara dua hati, bersatunya teman karib ku, ex-roomate, whom we call Uncle, Nurhisham Sofee and Rashidah Dato' Hassan.


Sham's wedding kenduri at his aunty's house in Rembau, N9. Elok-elok pula kenduri jatuh pada Birthday Uncle yang ke-dot dot dot...huhuhu


Dan sememangnya telah lama terancang untuk berkunjung ke majlis raja sehari itu, dan kebetulan pula molek sangat seperti yang di rancang ada pula FAT di Subang sebelumnya dan selepasnya ada Training lagi 3 hari di KL. MMmmmm... beraya sakan aku di KL & Shah Alam!


My mantee merangkap assistant, Min - ish3! ada ke patut Jambu & The Geng cakap anak ikan - hehehe - anak ikan puyu ya kot - tumpang sekaki nak FAT. Mmmmm... kerjanya ops, tapi tak per - kita perlu bagi peluang. It is my pleasure to train and share experience and knowledge with younger people. They are still learning. At least ada juga orang teman aku driving and shopping. I was thinking to invite Suhaimi too but... well he was in Offshore.

And the pictures will talk more... coming soon
*susah la pakai labtop Vista Home ni... payah nak edit-edit. Kodi!

Tuesday, March 11, 2008

OK laaaa

Ok laaaa... sebab ramai dah comment fasal blog ni yang dah lama tak ter-update, terutama dari pembaca setia dan peminat hehe... terima lah gambar terbaru, panas dah mantap ke??

Kek Kiwi bermotif Hijau Rembulan sponsored by my talented sis, Mazleney. Sedap OK!


Betu-betul panas ni sebab baru je snap pagi tadi (2 daripada semua ini) dan baru je transfer ke PC.

Kerana dah mengantuk dan teramat la sibuk kita cerita kemudian... cuba pikirkan apa yang terjadi :) sebelum, semasa dan selepas gambarz itu di rakam!

Added today, 110308 - Dan ini lah jawapannya...

Wednesday, December 12, 2007

Kapas & Cotton


Hello...

Terasa sudah lama amat aku tidak bercerita di sini, kerana kekurangan masa terluang. Ada-ada saja hal yang lebih menarik, penting atau yang perlu di beri lebih perhatian. Hidup umpama kekal selamanya, walaupun aku sedar hidup ini tidak lama. Sementara.

KLIA@7p.m

Sepi aku 2-3 bulan ini kerana banyak sebab; kerjaya, keluarga, sahabat handai, soal hati dan perasaan, kasih sayang, pengorbanan, semua adalah cabaran yang semakin lama semakin indah. Kesibukan waktu membuatkan aku seakan terlupa dengan pelbagai persoalan, jerit perih dan liku-liku yang tertanggung semenjak dua menjak ini. Walaupun pada mata kasar aku ceria seperti selalu, tekun bekerja - hehe - tapi dalam hati ini ada soalan besar yang belum terjawab. Ada hati yang tersenyum, ada jiwa yang menjerit, ada kasih yang tergantung tapi hidup perlu diteruskan, aku gembira...

Kekadang aku terpikir, kesibukan akhir-akhir ini membuatkan aku lupa pada semua keperitan melalui liku-liku sebagai manusia bernama aku, tapi pada waktu yang sama aku mula sedar bahawa kesibukan ini jua lah yang membuatkan aku terlupa pada soal hati dan penantian. terhilang punca, hilang lah semuanya....bagaikan kapas-kapas putih bersih berterbangan dihembus angin. Tidak bisa ku kejar, lalu kapas yang pernah melekat di dada ini terbang pergi. Harapan tidak menjanjikan kota, harapan umpama doa. Termakbul jua jika Allah mengizinkan. lalu apa guna berbisik sedih, semuanya ketentuan...macam lagu Ramlah Ram tuh. hehe.

Miri Airport@3a.m!!

Hotel@3.40a.m

Waaa panjang pula ek, apa kata biar gambar pula bercerita.

Tanpa khabar berita, tapi selama 3 bulan ini beratus-ratus shoot dan angle telah ku susun menjadi kenangan sepanjang perjalananku. Satu kenyataan.

Marriot Miri@9a.m

Satu persatu aku ku layarkan untuk tatapan kawan-kawan ku...nanti

Jambatan Kayu, Miri@3.10p.m

Saturday, October 6, 2007

September'07 Story


There were so many things - interesting and important thing - happened in last Sept. It's about every thing; career, friendship - new friends, Ramadhan, traveling - 1st time to 'oversea', Ketupatians, love, party, beach and one last thing which I almost forget to mention is family -something that we don't really have to mention, coz everyone has family technically or biologically.

That things -not including my business- really make me busy and alive, but the most important thing is it makes me enjoy and happy with this life. There is a lot of way to find happiness and there is happiness waiting for you, for us anywhere as long as we always think positively and look for it. So...tanpa membuang masa lihatlah hasil 'September dalam kenangan'.

Good bye Alham. I wish you all the best for your new 'small' family living in big house...the baby is coming! And not too late to wish u 'Selamat Pengantin Baru' again formally. Formally?? Hahaha... Our house now is 'empty' without you, man! Kasiiiiii

Not a runaway bride...but My best friend wedding...

Part 1: Kota Bharu Bandaraya Islam

Laman rehat di antara Pasar Siti Khadijah dan Bazaar Buluh Kubu, one of shopping paradise for Batik, Songket, kraft and all wet market stuff and traditional food. Aku agak bertuah - sambil jalan-jalan tu nampak 2 ekor burung merpati putih sedang ber'love'-love atas pancuran air ni. Can you see the couple?


Pasar Borong @ Pasar Malam Wakaf Che Yeh - 24 hours business, which make the city sleepless.

Another view...pick hours is at 10 - 12 midnight. Bunga RM 1.00 sebatang kalau beli sendiri. Kalau aku jual RM 1.30 sebatang termasuk minyak dan parking. Hari tu ada seorang awek ni kirim bunga ni...bila balik KB aku beli la. Malu juga la nak beli ni tapi terpaksa...

Makanan-makanan pencuci mulut yang aku beli. Murah je... Laksa Penang dan Rojak Mee tu se'rial' je satu bungkus, Yong Tau Fu yang sedap ni RM2-3.00 jer, Murtabak RM 1.20 - 1.50 satu. Yang lain nya murtabak kat KB ni original recipe tau...bukan tebal dengan bawang dan kentang macam kat KL, UTP, Kerteh atau mana-mana tapi penuh dengan telor dan daging atau ayam. Aroma pun memang berlainan dari rempah yang sebenar!

Part 2: Coming Soon

Tuesday, September 4, 2007

Supriiiiiiiise! Extended Version



Thank you very much to my dear sister for a beautiful and delicious HOME-MADE cakes. We love it! I give you A+

Note: more details coming soon. I got to go...

Part 2: extended version 230907

lapisan kek yang menyelerakan... Jalur Gemilang lambang kebanggaan anak di bumi merdeka!

Another cake 'eating ceremony' at my office, one big nice and delicious Blueberry Cake baked by Mazleney. Her talent and skill is improving!

Disebabkan kek yang sedap itu, deangan topping cream yang memikat rasa 3 wanita telah menempah kek yang sama tapi pastinya hiasan yang berlainan, bermakna 3 biji kek blueberry perlu disiapkan! Murah je...RM 40.00 for 1kg and RM 20.00 for 0.5kg. Yang penting dijamin bersih dan halal ye...dari bahan-bahan yang disahkan halal.

Proven delicious...

Untuk tempahan di sekitar Kota Bharu dan Kerteh, sila comment di blog ini dan tinggalkan no. telefon untuk dihubungi secepat mungkin.

Tuesday, August 28, 2007

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!


To all my friends in overseas; Malaysia will be celebrating Independence Day on 31st August... makin tua ni makin bersemangat ya!

The top picture shows how patriotic I am in the office and every where. Kalau nak tahu Jalur Gemilang di tepi PC tu sudah terpacak di situ since my 1st day joining the current company. Hebat!! I have another one in my bed room. Huhuhu

26th August: Noque's Birthday
29th August: Jef's Birthday
30th August: My housemate, Fadz's Birthday
31st August: My Birthday!! which makes August a very special month for me.

Whatever it is, my heart is still young, passionate that make all my clique thought I am fresh graduate who behave like pro and experienced...one of them said that! more than one person actually..

I think this is my last post for August. So before I 'balik kampung' again, below are photos taken during Kampung's break last 2 weeks..

View in my grandparent's village

A scene behind my grandmother's house

Abnormal papaya tree near her kitchen

My nieces-young models in Royal Park

Sunday morning at 7.30am in front of my house in Kerteh


Sunday, August 26, 2007

What Wrong? Swiss..I like!

Beserah, Kuantan, Pahang

Mmmm...like my niece aged 3-4 years always said ' I don't know...' Budak-budak ni kecik-kecik dah pandai macam-macam. Mantap! satu perkataan yang aku terkezut juga bila disebut anak saudara aku yang berumur 7 tahun. Tak sangka dah tahu guna perkataan hebat macam ni. Ayat dia 'kakak suka Ella...mantap!' suatu ketika sewaktu tengok video klip penyanyi mantap tu kat TV. ish3

I don't know...lately mcm tak bersemangat je, malas, tak productive..apa kena ntah! Even nak up-date blog ni pun dah selalu tertangguh.. I don't know!

Bercuti sambil kerja sikit-sikit di suatu weekend di Swiss-Garden

Apa-apa pun hari-hari yang dilalui tidak la teruk sangat. Sempat lagi berlawak-jenaka di mana-mana, relaxkan minda dan keluar ambil angin... ini yang dikatakan duit bukan segalanya, Oppss! mcm banyak lak duit walhal cukup2 je. Tapi agak terkejut la dgn akaun aku lately, tiba-tiba bertambah-tambah. Dari mana ntah...dari Tuhan off course.

So, malas nak membebel lagi...apa-apa pun tetap menyeronokkan. Aku gumbira! Jom kita layari semula kisah suka suka..
Main bowling malam-malam buta dengan Ijat selepas check-in hotel di Beserah, keluar makan malam di Planet Seafood. Masakan amat memuaskan! Al-nasib baiknya aku menang 2-2 game. Tiba-tiba pulak power, tapi main baru-baru ni bertiga dgn seorang budak Hafiz HSE aku pula tiba-tiba tersangat tak perform. Penat kot! heheh


Oh ya, terlupa cakap yang weekend tuh amat-amat la seronok tak tergambar dgn kata-kata, lebih-lebih lagi dapat kenal kawan-kawan majoritinya muda-muda dan sampai sekarang semangat tu masih wujud. Masa tu la buat semua benda yang tak pernah buat atau jarang-jarang buat selama ini. Jangan salah sangka, kita orang main beach volley ball, pergi gym, Jakuzi ramai-ramai sampai orang dah padam suiz baru nak keluar, mandi kolam sesama sambil berposing-posing dan tidak lupa juga sauna...uhhhh best! hampir terlupa yang tujuan sebenar ke situ nak jadi faci budak budak sekolah rendah. Bilik, makan minum, bilik air, view semua best.

View dari kamar kesukaan ku...nampak di bawah tu tempat kita orang makan-makan di hadapan swimming pool kanak-kanak.

One of the faci activities in class, practicing being a 'better teacher'. Some acts like child. So sweet...
Dinner with new friends...makanan pun sedap, aku suka giler design tempat makan tu dengan perabut ala kayu yang memang menggoda.

'Children' drawing...terpaksa aku jadi kanak-kanak balik dan lukis pun mcm budak-budak. Looks like a brilliant kid!
Pasta kegilaan ku...western habis! tak makan nasi tu..
Makan lagi...

mmm cukup la eh, nanti korang bosan. walau pun banyak lagi gambar yang lebih menarik, sorry privacy tak boleh tunjuk semua. Kena cut hehehe