Wednesday, December 12, 2007

Kapas & Cotton


Hello...

Terasa sudah lama amat aku tidak bercerita di sini, kerana kekurangan masa terluang. Ada-ada saja hal yang lebih menarik, penting atau yang perlu di beri lebih perhatian. Hidup umpama kekal selamanya, walaupun aku sedar hidup ini tidak lama. Sementara.

KLIA@7p.m

Sepi aku 2-3 bulan ini kerana banyak sebab; kerjaya, keluarga, sahabat handai, soal hati dan perasaan, kasih sayang, pengorbanan, semua adalah cabaran yang semakin lama semakin indah. Kesibukan waktu membuatkan aku seakan terlupa dengan pelbagai persoalan, jerit perih dan liku-liku yang tertanggung semenjak dua menjak ini. Walaupun pada mata kasar aku ceria seperti selalu, tekun bekerja - hehe - tapi dalam hati ini ada soalan besar yang belum terjawab. Ada hati yang tersenyum, ada jiwa yang menjerit, ada kasih yang tergantung tapi hidup perlu diteruskan, aku gembira...

Kekadang aku terpikir, kesibukan akhir-akhir ini membuatkan aku lupa pada semua keperitan melalui liku-liku sebagai manusia bernama aku, tapi pada waktu yang sama aku mula sedar bahawa kesibukan ini jua lah yang membuatkan aku terlupa pada soal hati dan penantian. terhilang punca, hilang lah semuanya....bagaikan kapas-kapas putih bersih berterbangan dihembus angin. Tidak bisa ku kejar, lalu kapas yang pernah melekat di dada ini terbang pergi. Harapan tidak menjanjikan kota, harapan umpama doa. Termakbul jua jika Allah mengizinkan. lalu apa guna berbisik sedih, semuanya ketentuan...macam lagu Ramlah Ram tuh. hehe.

Miri Airport@3a.m!!

Hotel@3.40a.m

Waaa panjang pula ek, apa kata biar gambar pula bercerita.

Tanpa khabar berita, tapi selama 3 bulan ini beratus-ratus shoot dan angle telah ku susun menjadi kenangan sepanjang perjalananku. Satu kenyataan.

Marriot Miri@9a.m

Satu persatu aku ku layarkan untuk tatapan kawan-kawan ku...nanti

Jambatan Kayu, Miri@3.10p.m

No comments: