Tuesday, December 18, 2007

Crying Cloud, Ombak & Matahari

ERL from KL to KLIA


7am@K. Grenville


Ikut Jeff, Bkt. Raja


Last post before a long break...

Dean kata dia suka awan. Aiks! mana boleh sama dengan aku, so aku suka Ombak. Jef suka Nandos? Siapa suka matahari? Metz? Qistina?

Note: Last 3 pics were photographed in Oct, in 'KL'

Wednesday, December 12, 2007

Kapas & Cotton


Hello...

Terasa sudah lama amat aku tidak bercerita di sini, kerana kekurangan masa terluang. Ada-ada saja hal yang lebih menarik, penting atau yang perlu di beri lebih perhatian. Hidup umpama kekal selamanya, walaupun aku sedar hidup ini tidak lama. Sementara.

KLIA@7p.m

Sepi aku 2-3 bulan ini kerana banyak sebab; kerjaya, keluarga, sahabat handai, soal hati dan perasaan, kasih sayang, pengorbanan, semua adalah cabaran yang semakin lama semakin indah. Kesibukan waktu membuatkan aku seakan terlupa dengan pelbagai persoalan, jerit perih dan liku-liku yang tertanggung semenjak dua menjak ini. Walaupun pada mata kasar aku ceria seperti selalu, tekun bekerja - hehe - tapi dalam hati ini ada soalan besar yang belum terjawab. Ada hati yang tersenyum, ada jiwa yang menjerit, ada kasih yang tergantung tapi hidup perlu diteruskan, aku gembira...

Kekadang aku terpikir, kesibukan akhir-akhir ini membuatkan aku lupa pada semua keperitan melalui liku-liku sebagai manusia bernama aku, tapi pada waktu yang sama aku mula sedar bahawa kesibukan ini jua lah yang membuatkan aku terlupa pada soal hati dan penantian. terhilang punca, hilang lah semuanya....bagaikan kapas-kapas putih bersih berterbangan dihembus angin. Tidak bisa ku kejar, lalu kapas yang pernah melekat di dada ini terbang pergi. Harapan tidak menjanjikan kota, harapan umpama doa. Termakbul jua jika Allah mengizinkan. lalu apa guna berbisik sedih, semuanya ketentuan...macam lagu Ramlah Ram tuh. hehe.

Miri Airport@3a.m!!

Hotel@3.40a.m

Waaa panjang pula ek, apa kata biar gambar pula bercerita.

Tanpa khabar berita, tapi selama 3 bulan ini beratus-ratus shoot dan angle telah ku susun menjadi kenangan sepanjang perjalananku. Satu kenyataan.

Marriot Miri@9a.m

Satu persatu aku ku layarkan untuk tatapan kawan-kawan ku...nanti

Jambatan Kayu, Miri@3.10p.m

Monday, December 3, 2007

SelecteD Album: Dayang 2007

Dayang 2007

Sebuah album - mungkin yang terbaik- dari Dayang so far dengan vokal yang memang diketahui ramai superpower, muzik arrangement segar, mantap dan menghiburkan di samping kejutan-kejutan lain yang 'wow, high taste...ada class!'

Susunan Muzik: 4/5 Bintang
Vokal: 4.5/5 Bintang
Lagu @ melody: 4/5 Bintang
Lirik: Belum sempat review... hahaha. Generally OK
Cover & Foto-foto: Memuaskan, menarik. Tapi sepatutnya Cover booklet lirik jadi cover album sebab gambar tu lebih feel dan menarik. Mungkin tujuannya letak dalam ialah 'nak tengok kena beli yang ori'.

Note 1st time beli album Dayang, biasa dengar kawan-kawan punya jerr. Berbaloi