Friday, June 29, 2007

Friendly Week

Kali ini aku malas tulis panjang, cukup sekadar berkongsi cerita melalui gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu ini, keseronokan berkerja dan bersosial bersama kawan-kawan sekerja, housemate dan coursemate. Jom saksikan..

Last night my ex-coursemate, Herlina call ajak lepak-lepak sekali dengan Bosh ketika aku tengah drive from Chukai to Kerteh after doing medical check-up. First time lepak bertiga dan makan bersama dengan Bosh since my first day in Kerteh. Dinner di Bangkok dan kemudiannya lepak di Mc D sambil bergosip-gosip tentang diri sendiri. Gambar-gambar ni perlu sangat letak kat sini bagi Raf jeles kihkihkih.


Hari-hari dan malam-malam yang sebelumnya adalah seperti berikut...
Before..
Lunch with staff and trainees. All of us ordered Hainan Chicken Rice.

This get together lunch was an unplanned 'event' pun, tiba-tiba rasa nak ajak Ti and Fizah, UTP trainee keluar makan kat luar sebab dah bosan dengan cafe. Tiba-tiba jadi meriah dengan Cik Wan, Ira dan Ratna, a new girl from other department, 1st time met and talked with her. Tak perasan pula sebelum ni. Ofis luas sangat. Can you imagine these 5 girls aku sumbat dalam Wira je? "cantik kereta kau, colour hitam. Aku suka" ayat pertama dari mulut Ratna ketika mula-mula masuk kereta aku.


A day before..FAT at Supply Base, had lunch with this 2 clique, Kumar from Mumbai, India and Mohan from Penang. This chicken rice stall is quite famous, which is located just beside the beach. Cool fresh air and beautiful view will make you feel so relax as you eat.

Visit vendor's workshop for pump's FAT...after that we went back to office. As planned we stop at durian stall since Kumar is 'hantu durian'. RM18 for 3 durians! Quite expensive right? But this durian Kijal is really famous. Delicious!!

I am quite busy this week and very lazy to cook. So, I took this opportunity to have a good time with housemates. Agak blur sikit ye? Tengok lengan cukup la, mana boleh lebih-lebih.

My favourite lamb chop at Mama Chop..


Early of this week..hangout plus dinner with Fadz, Alham and Wafi yang suka usik one jambu working here...hehehe. Ada-ada je buat kelakar wafi ni...dia ni ex-housemate of my housemate when he worked here before. Sekarang ni base di KL tapi selalu tiba-tiba muncul kat rumah ni bila dia balik offshore or before going to offshore.


Minggu ni aku banyak masa dengan kawan-kawan, termasuk last weekend ke KL bersama family sambil lepak/jumpa kawan-kawan tercinta..heheh tak puas pusing-pusing KL hari tu..




Saturday, June 16, 2007

Candle In The Dark

Mmm...Guys, first of all please forgive me for not up-dating 'The Story of My World'. But I can give you a good explaination..There was raining one night last 2 weeks, strong lightning and suddenly blackout - at about 3.30 am and after that we - me and my house mate realised that there was something wrong with our Streamyx- the internet service. Ohh! our modem was 'burned'. So? No more internet until we suddenly realised that there is another modem -the old one, which we thought not really work. There were argument between us, tried it and suddenly 'pupp'..yeah! internet is back! However, then I was very busy with works - everything is on me - routine maintenance activities for 1 plus 2 platform, coordinating major shutdown for gas platform and preparing budget planning for next year. Everything must be perfect!



Okay, back to the blackout story...

Hari itu aku pulang dari kerja agak lewat tapi masih berniat untuk keluar exercise. Sayangnya badan terasa penat, tak berdaya nak keluar lagi setelah sedap diulik sofa lembut di hadapan TV. Ntah cerita apa yang aku layan masa tu, tiba-tiba aku tertidur di atas sofa.

'Allah huakbar..'kedengaran azan magrib. Kugagahi diri bangkit dari sofa dan masuk ke bilik air, ambil wudhuk lalu solat.

Sesudah solat aku bermalas-malas di atas sejadah. Malas sangat nak bangun lalu aku baring sambil tangan mencapai bantal. Tanpa disengajakan aku tertidur. Apa nak buat dah penat sangat kan? Aku dalam gegelapan sehingga jam 3 pagi, kiranya aku sudah tidur 7 jam lamanya.


Aku terjaga, bangun, melangkah ke ruang tamu. 'Aik! tak tido?' aku bertanya. Aiman (bukan ejaan sebenar) tengah melayang internet di depan TV. ' Tunggu bola..kejap lagi' katanya.

'sape dgn sape?'

'England..'

'Mmm..tak tahu pu. Menarik!' lagi pun dah lama aku tak bangun pagi buta semata-mata nak tengok perlawanan bolasepak. Dulu-dulu adalah. Seronok terutama bila ramai-ramai.

Alah..perut pula lapar. maklumlah belum 'dinner'. Lalu aku masuk ke dapur, buka peti ais. Aku keluarkan frozen food - Roti Goreng -The SelecteD Frozen Food, defrost sekejap dan goreng. Dalam keadaan begini untung dengan adanya The SelecteD Frozen Food. Cepat, mudah dan sedap!
Aku ke ruang tamu dengan sepiring Roti SelecteD dan se-mug hot chocolate. Hujan pun turun. Aku makan roti goreng yang panas lagi lazat itu bersama Ash dan Aiman. Can you guys imagine how I feel eating hot fried bun with hot chocolate in cool raining night? So heaven!

'Inti apa kat dalam?' Tanya Aiman. Aik, dah habis baru tanya? ' coklat?'

'bukan coklat..kacang hitam..eh, silap. Kacang merah. Apasal? rasa coklat ke?' aku bertanya kehairanan.

'Sedap ..'

Lepas makan minum, perut pun kenyang. Tiba la masa untuk mencuci baju. Bukan macam dulu-dulu nak kena ke perigi atau sungai, sekarang main campak dan tekan je...tinggalkan dan siap!

I watched England match until they got 3 goals, and then I went to my bedroom, undressed and went to bathroom. Mandi la...kan tadi tido tak sempat mandi.


Sesudah solat aku macam biasa berdiri depan cermin besar di bilikku. Biasa la kan, kena sikat-sikat rambut..trim apa yang patut sikit..tiba-tiba 'panggg' kilat berdentum teramat kuat terus gelap gelita. Cemas dan teraba-raba juga aku mencari cahaya. Bagaikan keseorangan di padang masya di malam hari...aku mencari mancis lalu menyalakan lilin. Nasib baik dah siap dengan lilin, dan PC pun sudah di off awal-awal lagi. Kalau tak memang ada alasan nak beli labtop!

Dalam kegelapan aku berjalan keseorangan bertemankan lilin di dalam rumah yang amat luas ini. Hujan mencurah-curah di luar. Petir masih kedengaran sayup-sayup. Angin bertiup kencang takut juga kalau-kalau lilin terpadam. Aku ke ruang tamu mencari sesiapa..konon-kononnya menyelamatkan mangsa yang lain. Ash dgn HP nya mencari arah.

'Kat mana suiz utama?' aku bertanya. Maklumlah belum pernah terlihat sehingga mlm itu. Kami mencari-cari suiz utama hingga ke depan rumah. Angin sejuk bertiup ' tak..ni meter je. pelik la tak ada on- off main switch..kat mana ni?

'Ada orang cakap rumah-rumah kat sini rumah lama lain sikit designnya..'

Kami memcari-cari pula di dalam rumah. Gagal. Aku cuba membuka almari, kabinet-kabinet dinding yang tak pernah di buka orang..mana lah tahu suiznya tersembunyi di situ. Satu demi satu pintu kabinet aku buka..kosong. barang lama..seram.

Aahhhhhh!!! orang yang ketiga diantara kami berdua menjerit...lilin terpadam. Gelap. Kedengaran nafas-nafas kencang..Dalam cemas aku tersandar pada dinding menunggu apa yang bakal terjadi..yang bakal ku dengar, yang bakal ku rasa..adakah sesuatu melintas dihadapan? adakah sesuatu...?


Note: Perenggan terakhir adalah bayangan penulis dan rekaan semata-mata untuk tujuan komersial atas permintaan pembaca yang suka dengan kisah-kisah seram..hehehe


Monday, June 4, 2007

Janda Baik Vacation: Part 3

One of the tropical forest flower landscaping the resort. Macam-macam tumbuhan hutan ada. Pelbagai jenis tumbuhan hiasan yang jarang dijumpai di mana-mana seperti species-species buluh yang pelbagai rupa. Ramai yang berkenan dan tertanya-tanya.


It was a 3 days 2 night vacation and full with unforgettable activities, besides makan-makan aktivities lah.

Day 1: Sebelah petang ada sesi Pengurusan Stress or in English-nya Stress Management, in which we were trained to manage our daily stress through breathing exercise and Urutan or massage, which I really enjoy the massage session.

With partner, we were taught how to massage feet. There are 4 main point where we really have to take care and massage for good health. These points are related to other part of our body and one of the points is proven able to improve your sex quality!! Semasa dan sesudah urutan kaki tu memang terasa sangat keberkesananya iaitu kaki seakan ringan dan badan segar sentiasa, dan dot dot dot..
Early morning, viewed from hill. Nampak tak sungai kat bawah tuh? Sejuuk..

Before that there was Aura class, where we learned about our body Aura, related to Mental-Physic Science ...ala sains metafizik. Main aura-aura ni best juga sebab kita boleh rasa energy aura kita dan we did practiced Aura transferring; negative and positive charge through touching on head or ubun-ubun. Very nice, I like 'coz I felt it. My partner did it quite well too, where I could feel the 'power' and coldness when he cover my head with both of his palm.

At 7am..fresh air. This is the chalet along the hill. Di bawah sana terletaknya Rumah Utama yang aku ceritakan di Part 1&2.

Antara aktivit menarik yang lain di sepanjang hari-hari itu ialah seperti;
1. Sarapan pagi, makan tengah hari...hehehe aktiviti ke ni?
2. Penyucian diri & kembali kepada alam, diskusi keagamaan dan sebagainya.
3. Meditation and Deep Breathing, selain senaman-senaman..huhuh mustajap tuh!
4. dan lain-lain

Yang paling seronok pada suatu pagi tu bila kita sambung sesi kelas urut. Bertuahnya pula badan berpasangan dengan Big Boss, ramai juga la yang jeles. Bukan senang nak bermanja dgn big boss, siap big boss urut-urut kepala, leher, belakang...memang hilang segala tension.
'Lega..sedap..hilang tension'
'sedap?'
'Ringan kepala..'
'lepas ni boleh la tambah kerja lagi' apa salahnya sekali-sekala bergurau mesra kan?

Kami juga diajar urutan 'Cakar Harimau' rrrrrrrrrgghhh! 'Kalau hari-hari mcm ni best jugak'

Bila sampai turn aku yang kena jadi tukang urut ada la suara dari satu arah berbunyi ' Baik baik haji, kuku panjang tu'

'Tak lah..dah potong siap-siap dah sebelum datang'.

'Urut dengan ikhlas, dengan kasih sayang baru kesannya lebih' Pesan Sifu..' biasanya lepas cakar harimau, kita bisikkan kata-kata yang elok dekat telinga pasangan kita..'

Ramai la yang buat mcm-mcm lawak dan tidak terkecuali aku ' Boss, tambah gaji..' Hahaaha

Okay, lupa lak nak cerita. Masa Ucapan pembukaan, Big Boss ni ada pula buat satu pengumuman tentang aku berkenaan dengan kerjaya. Terharu pulak, tapi perlu ke disebut-sebut di hadapan semua orang? Whatever...aku banyak juga terhutang budi, tak perlu balas apa-apa ke? Hehehe

Aksi lepas tidur petang..terasa macam nak demam tapi Ok je

Sayonara...good night!