Monday, July 14, 2008

Where am I?


Yesterday was a really tough day in my life. One of bad and 'kelam kabut' days! I was lonely in the office without my beloved trainees so called adik-adik and I was really bussy to complete presentation slides and KPI up-date for my boss. I don't care about that.. what I really miss is my trainees lah. Without them the environment in the office really changed. No more bising-bising... sunyi sepi. Dah la most of our staff out station or having outdoor activities.

Well... 8 months having 'babies'- having them all in my life - guide, train, comment for improvement and 'marah-marah' sayang, offcourse they are just like my babies. We did a lot of things together and suddenly they are gone physically... leave me alone. I can feel that I really enjoy with them and in love with the environment they brought to Kerteh. As I said to them, mcm membesarkan bayi selama 8 bulan... penuh cabaran tapi hakikatnya semakin bayi itu membesar, semakin sayang. Kan?

Never mind.. we had been together with a lot of activities and we won't forget it. What activities? I will teel you later... when I am free again to write it here ;)

So, what I'm gonna do? Just be as usual. Enjoy every moment in the office, kampung and Rantau and... off course got to really focus on job. So many things happend..really need my attention.

Love? We talk about it later.

Apa yang aku tahu sekarang aku sedang terkurung di Concorde Hotel di bilik yg agak OK... KL 2 3 mlm lagi and will come back again on Friday for another very important meeting. Dammm! I have to enjoy this works :)


InsyaAllah I will do flashback on what did happend during past 8-months in my live.. more than 8 months I think.

Monday, June 23, 2008

Tongkat Kesayanganku

A very nice family picture by a very talented photographer. You can see more her touch at her blog linked below. Enjoy it and for me these pictures are good theraphy to feel good and high!
Sebuah keluarga yang lengkap semestinya dalam sekelip mata akan terfikir ada Ibu, Ayah, Anak-anak dan mungkin datuk dan nenek, namun sebuah keluarga yang bahagia tidak bergantung pada bilangan ahli keluarga tetapi kasih sayang dan ikatan murni yang lahir dari keihklasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kadang-kadang seorang anak walaupun sudah besar panjang semestinya masih memerlukan orang tuanya sebagai tempat berkongsi kasih sayang, cerita suka-duka dan mendapat perhatian atau 'guide' dalam menghadapi alam kedewasaan dan cabaran-cabaran yang senantiasa menanti. Not everybody is lucky, but if the unlucky person able to face all challenges in this world without complete parent, they are so lucky, so strong dan tidak ada saat-saat yang paling perit bagi mereka selain mengharungi lembah-lembah dan cerung yang sepi keseorangan.
Tersenyum di dalam kalbu, peluh menitis lalu, kaki pantas melangkah melepasi denai-denai becak berlumpur... tersenyun puas hanya kerana kekuatan di dalam jiwa.
Tongkat-tongkat persahabatan adalah tongkat-tongkat yang terpahat kukuh menjadikan aku tegak berdiri mengantur langkah ke destinasiku. Tongkat-tongkat itu adalah tongkat-tongkat kesayanganku.


Wednesday, June 11, 2008

Love Story Antara 2 Hati

Tiba awal-tiga budak hitam; Dean, Jeff and Yo berjalan sebaris menghadiri majlis kenduri. Yo siap bawa TV plasma sebagai hadiah, hohoh!



Seminggu yang lalu tersemai sudah secara rasminya cinta antara dua hati, bersatunya teman karib ku, ex-roomate, whom we call Uncle, Nurhisham Sofee and Rashidah Dato' Hassan.


Sham's wedding kenduri at his aunty's house in Rembau, N9. Elok-elok pula kenduri jatuh pada Birthday Uncle yang ke-dot dot dot...huhuhu


Dan sememangnya telah lama terancang untuk berkunjung ke majlis raja sehari itu, dan kebetulan pula molek sangat seperti yang di rancang ada pula FAT di Subang sebelumnya dan selepasnya ada Training lagi 3 hari di KL. MMmmmm... beraya sakan aku di KL & Shah Alam!


My mantee merangkap assistant, Min - ish3! ada ke patut Jambu & The Geng cakap anak ikan - hehehe - anak ikan puyu ya kot - tumpang sekaki nak FAT. Mmmmm... kerjanya ops, tapi tak per - kita perlu bagi peluang. It is my pleasure to train and share experience and knowledge with younger people. They are still learning. At least ada juga orang teman aku driving and shopping. I was thinking to invite Suhaimi too but... well he was in Offshore.

And the pictures will talk more... coming soon
*susah la pakai labtop Vista Home ni... payah nak edit-edit. Kodi!

Friday, May 23, 2008

Back Online

Spring in Kerteh.
These pics were snapped last week while waiting for Anis. Four of us went to beach for picnic. The fried beehon was hehehe... not bad lah


Yess! after almost 2 months without internet, my world was sooo small. And now... yeah yeah I can be connected to any where... to all my friends who can only be linked via this magical technology - internet.

Emmmmh! I miss you guys, the way you miss and love me... Kepada yang tertunggu-tunggu post terbaru, hangat di pasaran tu harap bersabar. InsyaAllah anda akan terhibur...

Malam ni sepatutnya aku tidur awal sebab esok ada rancangan menarik bersama adik-adik Trainee Min, Intan dan mugkin someone pun akan join juga.

What I did today? Emmh... quite nice activity, even though quite lonely since all my housemates are pampering them self with mum at their home, KL.
The activities were;

1. Wake-up at very early morning, 4.30 am since I slept earlier last night right after dinner with Bosh and Herl. Kepala pun agak sakit semalam - tension dengan macam-macam kerja. tak puas hati. Solat. Internet

2. Jogging at 8 am. Ditemani bayu pantai dan disaksikan burung-burung yang berkeliaran. Seronoks.

3. Then, lepak in front of TV. Terlayan movie Thai on Astro. Pukul 10.30 ke rumah my little trainee, Suhaimi and we went to Pasar Tani Kerteh. Beli makanan untuk sarapan dan ingredient for cooking. Dia lepak tengok Astro sambil makan-makan, aku pula tertidur kekeyangan kat dalam bilik. Sedar-sedar dah pukul 1 lebih, terus pergi Masjid.

4. After masjid aku hantar dia balik rumah yang kebetulan 'on the way' je. Ada hal la tu...

5. Mungkin kerana mengantuk bercampur bosan menuggu aku pula yang tertidur terlentang atas tilam empuk dalam bilik kesayangan ku... bila terjaga nampak kelibat manusia berbaju oren perlahan-lahan masuk bilik aku, menghampiriku lalu dengan penuh sopan santun tunduk ambil handphonenya yang tertinggal. Oppss! kain pelikat terselak.. huhuh.... sikit je ok!

"jadi ke nak gi pantai?"

" jadi ahh. jom"

"jap... sembahyang"
.....................................................................................................................................................................
7pm at Pantai 'Telekom'

"Naik motor la boss" katanya

"Motor? mmm... lama giler tak naik motor, lebih-lebih lagi menumpang kat belakang. Ok gak. Jom!"

Brooooooooooommmm "waaa... macam zaman university pula, gi kelas selalu berteman-teman... seronok ah!"

Pertama kali aku ke pantai 'telekom' as named by my trainee, sebab dekat dengan pencawang Telekom. Katanya kat situ ramai orang mandi-manda termasuk aweks. Mmm.

5 min dah sampai pantai, kita orang terus join budak-budak trainee lain yang tengah mandi-manda di pantai. Ada juga yang lepak kat pantai jadi guard je... memandangkan aku memang dah lama teringin nak mandi laut, I felt so excited you know! hehehe. Dah la macam-macam lawak dan aksi di dalam air.

Sesudah puas dan we were wetting together!



Tuesday, March 18, 2008

Newbury, Berkshire

If you miss me...


I need to sleep now. Just to share picture with you my friends;

My Juniour

Vodafone! ManU!!!

OK, got to go! I story mory later...

Sunday, March 16, 2008

OTOT & OTAK

At last my dream almost become true.... another 3 hours to go, another 8 hours to arrive at destination. Aahhhh!

We were from Kuantan and I suddenly decided to stop and see what was happening at this beach during this monsoon-end season. Kemunculan bendere Union Jack tu macam melambai-lambai kedatangan aku ke negera bekas penjajah itu...mmm. Bendera Great Britain ke Australia ni??


Kalau dah rezeki... someone, which is not so close to me but I know him laa, belanja makan tengahari. MMMMM... best. Adik-adik trainee rugi hampa tak ikut! Berlalu dengan satu pertanyaan, I don't know what to say. Yes or no?? Ya Allah, please tell me...

Packing... another traveling job! Kali ini jauh sekali. As I always believe, I will get what I want. This job will also motivate peers and myself to do the best... lain kali korang pula, rezeki masing-masing. I'll miss you...






Tuesday, March 11, 2008

OK laaaa

Ok laaaa... sebab ramai dah comment fasal blog ni yang dah lama tak ter-update, terutama dari pembaca setia dan peminat hehe... terima lah gambar terbaru, panas dah mantap ke??

Kek Kiwi bermotif Hijau Rembulan sponsored by my talented sis, Mazleney. Sedap OK!


Betu-betul panas ni sebab baru je snap pagi tadi (2 daripada semua ini) dan baru je transfer ke PC.

Kerana dah mengantuk dan teramat la sibuk kita cerita kemudian... cuba pikirkan apa yang terjadi :) sebelum, semasa dan selepas gambarz itu di rakam!

Added today, 110308 - Dan ini lah jawapannya...

Tuesday, December 18, 2007

Crying Cloud, Ombak & Matahari

ERL from KL to KLIA


7am@K. Grenville


Ikut Jeff, Bkt. Raja


Last post before a long break...

Dean kata dia suka awan. Aiks! mana boleh sama dengan aku, so aku suka Ombak. Jef suka Nandos? Siapa suka matahari? Metz? Qistina?

Note: Last 3 pics were photographed in Oct, in 'KL'

Wednesday, December 12, 2007

Kapas & Cotton


Hello...

Terasa sudah lama amat aku tidak bercerita di sini, kerana kekurangan masa terluang. Ada-ada saja hal yang lebih menarik, penting atau yang perlu di beri lebih perhatian. Hidup umpama kekal selamanya, walaupun aku sedar hidup ini tidak lama. Sementara.

KLIA@7p.m

Sepi aku 2-3 bulan ini kerana banyak sebab; kerjaya, keluarga, sahabat handai, soal hati dan perasaan, kasih sayang, pengorbanan, semua adalah cabaran yang semakin lama semakin indah. Kesibukan waktu membuatkan aku seakan terlupa dengan pelbagai persoalan, jerit perih dan liku-liku yang tertanggung semenjak dua menjak ini. Walaupun pada mata kasar aku ceria seperti selalu, tekun bekerja - hehe - tapi dalam hati ini ada soalan besar yang belum terjawab. Ada hati yang tersenyum, ada jiwa yang menjerit, ada kasih yang tergantung tapi hidup perlu diteruskan, aku gembira...

Kekadang aku terpikir, kesibukan akhir-akhir ini membuatkan aku lupa pada semua keperitan melalui liku-liku sebagai manusia bernama aku, tapi pada waktu yang sama aku mula sedar bahawa kesibukan ini jua lah yang membuatkan aku terlupa pada soal hati dan penantian. terhilang punca, hilang lah semuanya....bagaikan kapas-kapas putih bersih berterbangan dihembus angin. Tidak bisa ku kejar, lalu kapas yang pernah melekat di dada ini terbang pergi. Harapan tidak menjanjikan kota, harapan umpama doa. Termakbul jua jika Allah mengizinkan. lalu apa guna berbisik sedih, semuanya ketentuan...macam lagu Ramlah Ram tuh. hehe.

Miri Airport@3a.m!!

Hotel@3.40a.m

Waaa panjang pula ek, apa kata biar gambar pula bercerita.

Tanpa khabar berita, tapi selama 3 bulan ini beratus-ratus shoot dan angle telah ku susun menjadi kenangan sepanjang perjalananku. Satu kenyataan.

Marriot Miri@9a.m

Satu persatu aku ku layarkan untuk tatapan kawan-kawan ku...nanti

Jambatan Kayu, Miri@3.10p.m

Monday, December 3, 2007

SelecteD Album: Dayang 2007

Dayang 2007

Sebuah album - mungkin yang terbaik- dari Dayang so far dengan vokal yang memang diketahui ramai superpower, muzik arrangement segar, mantap dan menghiburkan di samping kejutan-kejutan lain yang 'wow, high taste...ada class!'

Susunan Muzik: 4/5 Bintang
Vokal: 4.5/5 Bintang
Lagu @ melody: 4/5 Bintang
Lirik: Belum sempat review... hahaha. Generally OK
Cover & Foto-foto: Memuaskan, menarik. Tapi sepatutnya Cover booklet lirik jadi cover album sebab gambar tu lebih feel dan menarik. Mungkin tujuannya letak dalam ialah 'nak tengok kena beli yang ori'.

Note 1st time beli album Dayang, biasa dengar kawan-kawan punya jerr. Berbaloi